Hubungi

Tekanan Darah Tinggi dalam Konteks Warga Universiti

11 Aug 2026
Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan terhad untuk golongan 50-an ke atas. Warga universiti seperti pensyarah, staf sokongan, dan bahkan pelajar pascasiswazah semakin ramai yang terkena dengan masalah ini tanpa mereka sedari. Ini  fakta yang disokong oleh Malaysian Clinical Practice Guidelines (CPG) for Hypertension 2023.

Secara saintifik, tekanan darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada keadaan di mana tekanan darah seseorang melebihi paras normal secara berterusan. Mengikut CPG Malaysia 2023, seseorang diklasifikasikan sebagai mengalami hipertensi apabila bacaan tekanan darah sistolik (SBP) adalah ≥140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik (DBP) adalah ≥90 mmHg, diukur dalam dua atau lebih waktu berlainan.

Klasifikasi tekanan darah mengikut CPG Malaysia 2023 adalah seperti berikut:

Kenapa Warga Universiti Perlu Ambil Berat? 

Persekitaran universiti merupakan ekosistem penuh tekanan yang sungguh unik. Tarikh akhir penyelidikan, mesyuarat tanpa henti, beban pengajaran, tekanan penilaian, dan budaya kerja lebih masa adalah realiti harian warga universiti. Faktor-faktor berterusan ini menjadi penyebab utama peningkatan risiko hipertensi dalam kalangan akademia.

CPG Malaysia 2023 mengenal pasti faktor risiko utama hipertensi yang amat relevan dengan komuniti universiti: umur melebihi 40 tahun, obesiti (BMI ≥27.5 kg/m² untuk Asia), kurang aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, tekanan (stres) kronik, merokok, dan sejarah keluarga. 

Diagnosis dan Saringan: 

Garis panduan menekankan bahawa diagnosis hipertensi TIDAK boleh dibuat berdasarkan satu bacaan tunggal sahaja, melainkan dalam situasi kecemasan hipertensif. CPG Malaysia 2023 mengesyorkan pengukuran dilakukan sebanyak dua kali dengan selang masa dua minit, pada dua atau lebih lawatan berbeza.

Tanda-tanda amaran yang warga universiti perlu ambil serius:

Pengurusan Hipertensi

Pengubahsuaian Gaya Hidup (Bukan Farmakologi)

CPG Malaysia 2023 meletakkan pengubahsuaian gaya hidup sebagai ASAS pengurusan hipertensi. Ini bermaksud:

Rawatan Farmakologi (Ubat-ubatan)

Rawatan menggunakan ubat-ubatan perlu dimulakan selepas tiga hingga enam bulan pengubahan gaya hidup tanpa penurunan tekanan darah yang mencukupi atau Gred 2 Hypertensi atau terdapat bukti kerosakan organ.

CPG Malaysia 2023 mengesyorkan empat kelas ubat utama sebagai pilihan pertama:

Sasaran tekanan darah mengikut CPG Malaysia adalah <140/90 mmHg untuk kebanyakan pesakit, dan <130/80 mmHg untuk pesakit diabetik atau penyakit buah pinggang kronik.

Adalah amat penting bagi warga universiti yang telah dipreskripsikan ubat antihipertensi untuk terus mengambil ubat tersebut. Hipertensi adalah kondisi jangka panjang yang memerlukan pengurusan berterusan. 

Peranan Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti

Berinspirasikan pendekatan kesihatan pekerjaan, universiti di Malaysia digalakkan untuk melaksanakan inisiatif berikut sebagai sebahagian daripada program Universiti Sihat:

Penutup: Jaga Tekanan Darah, Jaga Masa Depan

Hipertensi dalam kalangan warga universiti adalah isu kesihatan awam yang perlu ditangani dengan serious. Dengan memahami faktor risiko, mengenali tanda-tanda amaran, dan mengambil langkah pencegahan yang disyorkan oleh CPG Malaysia 2023 dan NICE NG136, setiap individu mempunyai kuasa untuk mengubah kesihatan mereka.

RUJUKAN

  1. Ministry of Health Malaysia. (2023). Clinical Practice Guidelines: Management of Hypertension (6th ed.). Putrajaya: MOH Malaysia.
  2. National Institute for Health and Care Excellence. (2019). Hypertension in Adults: Diagnosis and Management (NG136). London: NICE.
  3. World Health Organization. (2023). Hypertension. Geneva: WHO. Dicapai daripada https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hypertension
  4. Kjeldsen, S. E. (2018). Hypertension and cardiovascular risk: General aspects. Pharmacological Research, 129, 95–99.
  5. Putnam, K., McKibbin, L., Breitkopf, C. R., & Yee, B. (2021). Workplace wellness programs and hypertension: A systematic review. Journal of Occupational Health, 63(1), e12204.

Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti, Universiti Utara Malaysia