{"id":58,"date":"2026-08-11T08:34:06","date_gmt":"2026-08-11T08:34:06","guid":{"rendered":"https:\/\/makesum.my\/blog\/?p=58"},"modified":"2026-08-11T08:34:06","modified_gmt":"2026-08-11T08:34:06","slug":"tekanan-darah-tinggi-dalam-konteks-warga-universiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/makesum.my\/blog\/tekanan-darah-tinggi-dalam-konteks-warga-universiti\/","title":{"rendered":"Tekanan Darah Tinggi dalam Konteks Warga Universiti"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan terhad untuk golongan 50-an ke atas. Warga universiti seperti pensyarah, staf sokongan, dan bahkan pelajar pascasiswazah semakin ramai yang terkena dengan masalah ini tanpa mereka sedari. Ini&nbsp; fakta yang disokong oleh <em>Malaysian Clinical Practice Guidelines (CPG) for Hypertension 2023.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara saintifik, tekanan darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada keadaan di mana tekanan darah seseorang melebihi paras normal secara berterusan. Mengikut CPG Malaysia 2023, seseorang diklasifikasikan sebagai mengalami hipertensi apabila bacaan tekanan darah sistolik (SBP) adalah \u2265140 mmHg dan\/atau tekanan darah diastolik (DBP) adalah \u226590 mmHg, diukur dalam dua atau lebih waktu berlainan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Klasifikasi tekanan darah mengikut CPG Malaysia 2023 adalah seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Normal: SBP &lt;120 mmHg dan DBP &lt;80 mmHg\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Elevated (Pra-hipertensi): SBP 120\u2013139 mmHg atau DBP 80\u201389 mmHg\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Hipertensi Gred 1: SBP 140\u2013159 mmHg atau DBP 90\u201399 mmHg\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Hipertensi Gred 2: SBP \u2265160 mmHg atau DBP \u2265100 mmHg\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Hipertensi Tersembunyi (Masked Hypertension): bacaan normal di klinik tapi tinggi di rumah<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kenapa Warga Universiti Perlu Ambil Berat?&nbsp;<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persekitaran universiti merupakan ekosistem penuh tekanan yang sungguh unik. Tarikh akhir penyelidikan, mesyuarat tanpa henti, beban pengajaran, tekanan penilaian, dan budaya kerja lebih masa adalah realiti harian warga universiti. Faktor-faktor berterusan ini menjadi penyebab utama peningkatan risiko hipertensi dalam kalangan akademia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CPG Malaysia 2023 mengenal pasti faktor risiko utama hipertensi yang amat relevan dengan komuniti universiti: umur melebihi 40 tahun, obesiti (BMI \u226527.5 kg\/m\u00b2 untuk Asia), kurang aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, tekanan (stres) kronik, merokok, dan sejarah keluarga.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Diagnosis dan Saringan:&nbsp;<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Garis panduan menekankan bahawa diagnosis hipertensi TIDAK boleh dibuat berdasarkan satu bacaan tunggal sahaja, melainkan dalam situasi kecemasan hipertensif. CPG Malaysia 2023 mengesyorkan pengukuran dilakukan sebanyak dua kali dengan selang masa dua minit, pada dua atau lebih lawatan berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Tanda-tanda amaran yang warga universiti perlu ambil serius:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Sakit kepala berulang terutama di bahagian belakang kepala pada waktu pagi\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Pandangan kabur atau berpinar-pinar<\/li>\n\n\n\n<li>Degupan jantung yang kuat (palpitasi)<\/li>\n\n\n\n<li>Sesak nafas walaupun tanpa senaman berat<\/li>\n\n\n\n<li>Keletihan kronik yang tak kunjung hilang walaupun dah tidur cukup<\/li>\n\n\n\n<li>Krisis hypertensi adalah tekanan darah melebihi 180\/120 mmHg dengan gejala<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Pengurusan Hipertensi<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><em>Pengubahsuaian Gaya Hidup <\/em><\/strong><strong>(Bukan Farmakologi)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CPG Malaysia 2023 meletakkan pengubahsuaian gaya hidup sebagai <strong>ASAS<\/strong> pengurusan hipertensi. Ini bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Diet DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension): Tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, dan produk tenusu rendah lemak. Kurangkan garam kepada kurang daripada 6g sehari.\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Aktiviti Fizikal: Sekurang-kurangnya 150 minit senaman intensiti sederhana (aerobik) seminggu.\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Kawalan Berat Badan: Sasaran BMI antara 18.5 \u2013 24.9 kg\/m\u00b2. Setiap 1 kg penurunan berat badan boleh menurunkan SBP sebanyak 1 mmHg\u00a0<\/li>\n\n\n\n<li>Berhenti Merokok: Merokok bukan sahaja meningkatkan risiko kardiovaskular secara keseluruhan tetapi juga mengurangkan keberkesanan ubat antihipertensi.<\/li>\n\n\n\n<li>Pengurusan Stres: Teknik ketarasedar, meditasi, yoga, atau sekadar berhenti menggunakan alatan digital selama 20 minit sehari\u00a0<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><em>Rawatan Farmakologi (Ubat-ubatan)<\/em><\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rawatan menggunakan ubat-ubatan perlu dimulakan selepas tiga hingga enam bulan pengubahan gaya hidup tanpa penurunan tekanan darah yang mencukupi atau Gred 2 Hypertensi atau terdapat bukti kerosakan organ.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CPG Malaysia 2023 mengesyorkan empat kelas ubat utama sebagai pilihan pertama:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>ACE Inhibitors (contoh: perindopril) atau Angiotensin Receptor Blockers (ARBs)<\/li>\n\n\n\n<li>Calcium Channel Blockers (CCB) (contoh: amlodipine)<\/li>\n\n\n\n<li>Thiazide Diuretics (contoh: hydrochlorothiazide)<\/li>\n\n\n\n<li>Beta-blockers (contoh; metoprolol)<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sasaran tekanan darah mengikut CPG Malaysia adalah &lt;140\/90 mmHg untuk kebanyakan pesakit, dan &lt;130\/80 mmHg untuk pesakit diabetik atau penyakit buah pinggang kronik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adalah amat penting bagi warga universiti yang telah dipreskripsikan ubat antihipertensi untuk terus mengambil ubat tersebut. Hipertensi adalah kondisi jangka panjang yang memerlukan pengurusan berterusan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Peranan Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berinspirasikan pendekatan kesihatan pekerjaan, universiti di Malaysia digalakkan untuk melaksanakan inisiatif berikut sebagai sebahagian daripada program Universiti Sihat:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Saringan tekanan darah percuma dan berkala \u2013 sekurang-kurangnya setahun sekali untuk semua warga universiti berumur 18 tahun ke atas.<\/li>\n\n\n\n<li>Program kesedaran hipertensi melalui kempen, webinar, atau risalah digital<\/li>\n\n\n\n<li>Kemudahan senaman yang mudah diakses \u2014 gim, trek jogging, padang, atau waktu istirahat aktif secara berstruktur.<\/li>\n\n\n\n<li>Dasar cafeteria sihat \u2014 menyediakan pilihan makanan rendah sodium, kaya serat, dan kawal saiz hidangan.<\/li>\n\n\n\n<li>Program Employee Assistance Programme (EAP) atau kaunseling stres<\/li>\n\n\n\n<li>Kempen \u2018Ketahui Nombor Anda\u2019 \u2014 galak warga universiti memantau tekanan darah mereka sendiri di rumah dengan alat yang tepat<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Penutup: Jaga Tekanan Darah, Jaga Masa Depan<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hipertensi dalam kalangan warga universiti adalah isu kesihatan awam yang perlu ditangani dengan serious. Dengan memahami faktor risiko, mengenali tanda-tanda amaran, dan mengambil langkah pencegahan yang disyorkan oleh CPG Malaysia 2023 dan NICE NG136, setiap individu mempunyai kuasa untuk mengubah kesihatan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>RUJUKAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Ministry of Health Malaysia. (2023). Clinical Practice Guidelines: Management of Hypertension (6th ed.). Putrajaya: MOH Malaysia.<\/li>\n\n\n\n<li>National Institute for Health and Care Excellence. (2019). Hypertension in Adults: Diagnosis and Management (NG136). London: NICE.<\/li>\n\n\n\n<li>World Health Organization. (2023). Hypertension. Geneva: WHO. Dicapai daripada https:\/\/www.who.int\/news-room\/fact-sheets\/detail\/hypertension<\/li>\n\n\n\n<li>Kjeldsen, S. E. (2018). Hypertension and cardiovascular risk: General aspects. Pharmacological Research, 129, 95\u201399.<\/li>\n\n\n\n<li>Putnam, K., McKibbin, L., Breitkopf, C. R., &amp; Yee, B. (2021). Workplace wellness programs and hypertension: A systematic review. Journal of Occupational Health, 63(1), e12204.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti, Universiti Utara Malaysia<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan terhad untuk golongan 50-an ke atas. Warga universiti seperti pensyarah, staf sokongan, dan bahkan pelajar pascasiswazah semakin ramai yang terkena dengan masalah ini tanpa mereka sedari. Ini&nbsp; fakta yang disokong oleh Malaysian Clinical Practice Guidelines (CPG) for Hypertension 2023. Secara saintifik, tekanan darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada keadaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":59,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"pagelayer_contact_templates":[],"_pagelayer_content":"","footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-58","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=58"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":60,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58\/revisions\/60"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=58"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=58"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=58"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}