{"id":48,"date":"2026-07-09T07:10:03","date_gmt":"2026-07-09T07:10:03","guid":{"rendered":"https:\/\/makesum.my\/blog\/?p=48"},"modified":"2026-07-09T07:10:03","modified_gmt":"2026-07-09T07:10:03","slug":"sport-injury-elakkan-kecederaan-semasa-latihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/makesum.my\/blog\/sport-injury-elakkan-kecederaan-semasa-latihan\/","title":{"rendered":"Sport Injury: Elakkan Kecederaan Semasa Latihan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aktiviti sukan dan senaman adalah kunci kepada gaya hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Namun begitu, tanpa persediaan yang betul, aktiviti ini boleh menyebabkan pelbagai jenis kecederaan yang menjejaskan prestasi dan kualiti hidup seseorang. Kecederaan sukan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada atlet profesional, atlet rekreasi mahupun individu yang baru memulakan rutin senaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara kecederaan sukan yang sering berlaku ialah terseliuh (<em>sprain<\/em>), ketegangan otot (<em>strain)<\/em>, kecederaan tendon, sakit lutut dan kecederaan buku lali. Kebanyakan kecederaan ini berpunca daripada kurang melakukan pemanasan badan, teknik latihan yang salah, peningkatan intensiti latihan secara mendadak serta rehat yang tidak mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mengurangkan risiko kecederaan, pemanasan badan perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti sukan. Pemanasan badan selama lima hingga sepuluh minit membantu meningkatkan aliran darah ke otot dan menyediakan tubuh untuk pergerakan yang lebih intensif. Selain itu, latihan kekuatan perlu dilakukan secara progresif dengan meningkatkan beban dan intensiti secara beransur-ansur mengikut kemampuan individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Regangan juga merupakan komponen penting dalam pencegahan kecederaan sukan. Regangan dinamik (<em>dynamic stretching<\/em>) melibatkan pergerakan aktif sendi dan otot melalui julat pergerakan yang terkawal, seperti hayunan kaki atau putaran lengan. Regangan ini sesuai dilakukan sebelum aktiviti sukan bagi membantu menyediakan otot dan meningkatkan fleksibiliti pergerakan. Sementara itu, regangan statik (<em>static stretching<\/em>) melibatkan peregangan otot pada satu posisi tertentu yang dikekalkan selama beberapa saat tanpa pergerakan. Regangan statik lebih sesuai dilakukan selepas aktiviti fizikal untuk membantu merehatkan otot, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan ketegangan otot selepas bersenam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan teknik latihan yang betul juga amat penting. Teknik latihan yang salah boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada otot dan sendi, seterusnya meningkatkan risiko kecederaan. Oleh itu, individu disaran untuk mendapatkan bimbingan daripada jurulatih bagi memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan selamat dan mengurangkan risiko kecederaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping itu, latihan pengukuhan otot dan kestabilan teras (<em>core stability<\/em>) juga dapat membantu meningkatkan keseimbangan serta mengurangkan risiko kecederaan. Pemakaian kasut dan peralatan yang sesuai dengan jenis sukan juga memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan untuk memberikan sokongan kepada badan ketika melakukan aktiviti bersukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Badan memerlukan masa untuk membaiki tisu dan menyesuaikan diri dengan beban latihan.Oleh itu, fasa pemulihan juga perlu dititik beratkan bagi membantu proses pemulihan tubuh badan selepas melakukan aktiviti sukan. Antaranya ialah tidur yang mencukupi, pengambilan makanan yang tinggi nutrien serta seimbang&nbsp; dan hidrasi yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tindakan segera selepas berlakunya kecederaan memainkan peranan penting dalam menentukan proses pemulihan. Sebagai langkah pertolongan cemas awal, kaedah <strong>P.R.I.C.E.<\/strong> boleh diamalkan. Walau bagaimanapun, sekiranya kecederaan disertai kesakitan yang teruk, bengkak yang ketara, kesukaran menggerakkan anggota badan atau ketidakupayaan menampung berat badan, individu tersebut perlulah segera mendapatkan pemeriksaan dan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang bertauliah bagi mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, kebanyakan kecederaan sukan boleh dicegah melalui latihan yang betul sebelum, semasa dan selepas latihan. Pemanasan badan, teknik yang betul, latihan progresif, penggunaan peralatan yang sesuai serta pemulihan yang mencukupi merupakan kunci utama untuk menikmati aktiviti sukan dengan selamat. Dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya, individu dapat meningkatkan prestasi ketika bersukan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat tanpa sebarang kecederaan.<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"blob:https:\/\/makesum.my\/df7b463b-23c2-4ecf-a171-1ba5b3de1000\" width=\"634\" height=\"366\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis :&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pusat Kesihatan Universiti<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Universiti Malaysia Terengganu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jun 2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Aktiviti sukan dan senaman adalah kunci kepada gaya hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Namun begitu, tanpa persediaan yang betul, aktiviti ini boleh menyebabkan pelbagai jenis kecederaan yang menjejaskan prestasi dan kualiti hidup seseorang. Kecederaan sukan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada atlet profesional, atlet rekreasi mahupun individu yang baru memulakan rutin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"pagelayer_contact_templates":[],"_pagelayer_content":"","footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-48","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":49,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48\/revisions\/49"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/makesum.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}