Hubungi

3rd Malaysian Universities National Health Convention (MUNCH) 2025

25 Aug 2025

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos 2025 – Lebih 140 peserta yang merangkumi kakitangan pusat kesihatan universiti awam seluruh Malaysia serta pelajar universiti telah menyertai 3rd Malaysian Universities National Health Convention (MUNCH) 2025 yang berlangsung pada 20–21 Ogos di Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu.

Konvensyen dwitahunan anjuran Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) ini dilaksanakan secara kerjasama oleh Pusat Kesihatan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Berteraskan tema “Empowering Healthy Community: The Future of Health Promotion”, MUNCH 2025 memberi fokus kepada:

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik & Penyelidikan), Profesor Dr. Zainal Amin Ayub. Dalam ucapannya, Naib Canselor UMT, YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, menekankan bahawa kesihatan merupakan aset penting yang memerlukan pendekatan promosi berimpak melalui penglibatan komuniti. Beliau turut menggariskan bahawa kejayaan penganjuran bersama UniSZA–UMT membuktikan kemampuan universiti awam bergerak seiring untuk menggalakkan budaya hidup sihat.

Dari segi penyertaan, MUNCH 2025 menghimpunkan 122 kakitangan pusat kesihatan daripada 20 universiti awam, selain 20 pelajar dari UniSZA, UMT, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Kehadiran pelbagai lapisan warga akademia dan klinikal ini menjadikan MUNCH 2025 sebagai ruang jaringan profesional, percambahan idea, dan penyelarasan hala tuju promosi kesihatan di kampus.

Sejajar aspirasi negara memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui pencegahan penyakit dan gaya hidup sihat, MUNCH 2025 berperanan sebagai platform strategik untuk merangka inisiatif, garis panduan, dan pelaksanaan program promosi kesihatan di peringkat universiti awam secara lebih tersusun dan mampan.

Maklumat Ringkas Program

MAKESUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UniSZA dan UMT sebagai rakan penganjur, para pembentang, peserta, serta semua pihak yang menjayakan MUNCH 2025.